Monday, 23 February 2015

REZEKI JAMINAN ALLAH


Saifullah : Mak, tengok gambar kawan tempat kerja saya..

Mak : Ouh, cantik orangnya.

Saifullah; Betul Mak! Akhlak dia pun cantik mak. Mak, saya berkenanlah. Boleh dia jadi menantu mak?

Mak : Apa! kamu ni tak tahu malu? Berapa kali mak kata. Kamu kerja pun Staff orang bawahan je. Gaji baru 700 Ringgit Malaysia ada hati nak jaga anak orang. kamu nak bagi makan apa? Kamu tahu pasir sekarang pun dah mahal?

Saifullah : Saya dah berumur dekat 30 dah. InsyaAllah lepas Saiful kawin adalah rezeki keluarga Saifullah nanti.

Mak : Tak kira. kamu jangan malukan mak kamu.

Saifullah : Mak, Allah berfirman dalam Al-Quran Karim berbunyi:


Bermaksud: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (Surah ke24 : Ayat32)

Mak : Ermmm....Nanti mak istiqarah banyak-banyak. Minta pada Allah..

Saifullah : Alhamdulillah. Sayang Mak!!! I love you