Thursday, 26 February 2015

Kisah Keluarga yang Menyayatkan Hati

Tin Biskut?

Abang ni pakai la elok-elok sikit, “kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.

“Cantik isteri abang hari ni,” Ahmad mencubit pipi Julia lembut.

“Ayah, Ayah, cepat la ayah,” Lin dan Liz meluru masuk ke dalam bilik kerana dah tak sabar-saber nak bertolak pulang ke kampung.

“Yalah, yalah, ayah dah siap ni.”

Julia tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak kembar mereka yang comel dan manja. “Abang dah lama kita tak balik kampung macam ni yer?

“Yelah, maklumlah Abang sibuk dengan urusan perniagaan. Baru ni Abang ada peluang untuk cuti panjang.” Ahmad berkata kepada isterinya tersayang.

Perjalanan drpd KL  ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang 4jam. Lin dan Liz dah terlelap dikurusi belakang. Begitu juga dgn isterinya, Julia. “Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung”, Ahmad berkata didalam hati.

Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Audi A4 mula memecut. Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Meternya mula mencecah 200 km/j. Ahmad tidak merasa takut kerana selalu memandu laju seorang diri. Kali ini Ahmad lupa membawa tiganya lain.

“Abangggg, pelahan sikit!. Kenpa lagu sangat ni?! Tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.

“Takda apalah sayang, rilek la. Speed track tak kawasan ni. Cepat sikit kita sampai kampung nanti.” ujar Ahmad

“Sabar abang, sabar..Biar lambat tak apa.. jangan laju. Julia takut,” Julia cuba memujuk Ahmad supaya 
memperlahankan kenderaannya.

“Rilek Julia, taka da apa-apa,” Ahmad terus memotong Bas Express yang tidak kurang lajunya 120km/j.

“Ha kan, tengok. Taka ada apa-apakan?” Ahmad telah Berjaya memotong Bas tadi.

“Sudah la tu Abang”. Julia merayu lagi.

“Ha ada lagi Bas Express, Julia tengok abang lintas dia erkk..” ..Ahmad menukar gear AutoManualnya kepada gear 3. Ahmad terus menekan padel minyaknya supaya memecut. Tersergam didepannya sebuah lori balak dari arah bertentangan ketika hendah melintas. Bangggg!!

“Julia… bangun  nak,” sayup-sayup terdengar suara emaknya.
Julia membuka matanya, Dia terlihat emaknya di situ. “Mana abang Ahmad mak? Macam mana dengan suami saya, MAK? Linda, Liza…mana anak-anak saya mak?” Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya, Julia tidak dapat menahan kesedihan lagi. Julia menangis semahu-mahunya didepan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat..

“Macam mana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?” Julia masih terus menangis.
PANGGG!!!, Kepala Julia ditampar 90 darjah oleh emaknya dgn tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tue? Don’t go breaking my Heart Mom!

“Banyak la engkau punya suami!! Muka dahla tak cun, Belajar pun malas. Kerja pun takde. Ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara kau ni. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni, dah pergi Sembahyang! Asarpun dah nak habis!!” Emaknya terus merungut sambil berlalu keluar. Dan Julia tersengeh keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut.

Monday, 23 February 2015

REZEKI JAMINAN ALLAH


Saifullah : Mak, tengok gambar kawan tempat kerja saya..

Mak : Ouh, cantik orangnya.

Saifullah; Betul Mak! Akhlak dia pun cantik mak. Mak, saya berkenanlah. Boleh dia jadi menantu mak?

Mak : Apa! kamu ni tak tahu malu? Berapa kali mak kata. Kamu kerja pun Staff orang bawahan je. Gaji baru 700 Ringgit Malaysia ada hati nak jaga anak orang. kamu nak bagi makan apa? Kamu tahu pasir sekarang pun dah mahal?

Saifullah : Saya dah berumur dekat 30 dah. InsyaAllah lepas Saiful kawin adalah rezeki keluarga Saifullah nanti.

Mak : Tak kira. kamu jangan malukan mak kamu.

Saifullah : Mak, Allah berfirman dalam Al-Quran Karim berbunyi:


Bermaksud: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (Surah ke24 : Ayat32)

Mak : Ermmm....Nanti mak istiqarah banyak-banyak. Minta pada Allah..

Saifullah : Alhamdulillah. Sayang Mak!!! I love you


Sunday, 22 February 2015

Lemas Pelajar Malaysia di Madaba, Jordan


***Mohd Fakhrur Islam Dalam Kenangan***
Posted on February 5, 2015 by anjang

Tempat Kejadian. Takdir mengatasi Tadbir. Ya Allah! Jadikan hati kami sentiasa takut dengan-Mu

‎Pulang Untuk Kembali
Salam ceria.

Aku berkawan agak rapat dengan Zul Mokhtar walaupun lebih tua dariku dan kelasnya atas dari kelasku di Yayasan. Tapi ditakdirkan Allah kami sama-sama belajar di Jordan. Sama-sama pindah ke Pakistan. Belajar 1 kelas. Menjadi semakin rapat bila sama-sama travel dari Karachi, Pakistan pergi ke Islamabad, Quetta, Taftan Iran, Tehran, Turki dan terus ke Cairo, Eygpt. Setahun di Mesir, kami dipindahkan pula kembali ke Jordan cuma aku di selatan Jordan, Muktah. Dia di University Jordan, Amman.

Allah takdirkan kami dinikahkan di tarikh yang sama, aku, Zul, Nik Hazani, Asmadi Naim‎ dan Hashim Taib pada tahun 1995. Hashim pulang ke Iraq. Tahun berikutnya ramai yang menimang anak kelahiran Jordan. Anak Nik Hazani Allah panggil awal, meninggal dunia ketika bayi dan dikebumikan di Jordan.

Kawan-kawan dari Mesir yang berpindah ke Jordan dan Iraq pun menerima kelahiran tahun 1996. Maka muncullah generasi kelahiran Jordan dan Iraq beramai-ramai bernama B‎athullah Nasaruddin, Batholul Islam Nazri, Batholuddin Nasran, Fajrul Islam Ramadhan, Izzul Islam Asmadi (Aku), Syurahbil Syakur, Fathiyah Harun, Saihah Inam.


Fakhrur, kau pergi diusia muda… moga kau berbahagia di sana!

Di antara anak-anak tersebut,‎ seorang bernama Mohd Fakhrur Islam Zulkefli. Anak sulung Zul dan Salwani. Setelah grad, Zul pulang dan berkhidmat di Malaysia. Bertugas di merata tempat di tanahair termasuk Eropah dan Saudi tetapi akhirnya banyak bersama denganku, di zon Syria iaitu di Damsyik dan Irbid. Fakhrur pula membesar dan mendapat pendidikan di Malaysia. Mahir berniaga dan pandai masak masakan panas seperti ayahnya.

Berkali-kali juga kami bercadang untuk membawanya ke Jordan tetapi tak kesampaian. Setelah aku keluar dari Jordan, berita sampai padaku, alhamdulillah, Fakhrur dah terbang ke Jordan. Kembali ke tanah tumpah darahnya untuk menggalas perjuangan Islam. Bersama ibu dan ayahnya dan para remaja yang gigih hidup mati untuk Islam.

Belum lama Fakhrur tinggal di Jordan, Allah takdirkannya menyertai satu rehlah ke Madaba. Rehlah menambah ukhuwah dan kasih sayang setelah selesai pertandingan memasak dalam bahasa Arab antara usrah. Rehlah di tanah Syeikh Adil. Katanya di sana ada air terjun. Mandi air terjun dan anak sungai yang jarang ada di Jordan.
‎Tanpa disangka, rehlah bertukar menjadi kemalangan bila beberapa orang lemas. Seperti yang diceritakan di dalam FB.


Fakhrur! Jasamu akan kami kenang sentiasa. Al Fatihah…

Aku tersentak bila mendapat berita sedih itu malam tadi. Melalui bbm dari Ummu Halimah. Tanpa berlengah menghubungi Zul, Hafiz, Ain, Ikrimah, Cemah untuk mendapatkan pengesahan. Ketika itu Zul di Irbid, baru bergegas ke hospital Madaba yang jaraknya lebih 100km. Hafiz pula di Aqabah menguruskan travel. Cemah di Jerash. Ikrimah yang ada di tempat kejadian tetapi sedang sangat sibuk menguruskan jenazah. Sedihnya bila ia memang benar-benar berlaku. Siapakah boleh menahan air mata ketika situasi begini? ‎Anak-anak kawan-kawan seperti anak-anak kita juga. Lebih-lebih lagi kawan rapat begini. Allah lebih menyayanginya. Moga Allah terima rohnya.

Fakhrur, kau pulang untuk kembali. Pulang ke tanah Jordan, tempat kau dilahirkan untuk‎ kembali bertemu Tuhanmu. Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadaNyalah kita kembali. Kau, aku dan semua pembaca tidak memiliki diri masing-masing. Kita milik Allah. Moga kematianmu, kematian yang indah. Moga kematian kita semua, kematian yang indah juga. Kau berusaha selamatkan orang lain, sehingga engkau terkorban. Pemergianmu pula memberi kesan di hati semua orang untuk takutkan Allah. Berjasanya engkau.
Sabda Nabi SAW:
كفى بالموت واعظا
Cukuplah dengan satu kematian itu menjadi peringatan.

Sepatutnya begitulah bagi yang lunak hatinya dengan Tuhan. Satu kematian sudah cukup untuk menjadi peringatan seumur hidup. Malangnya aku melihat, mendengar berita, membaca kisah kematian yang berlaku setiap hari, bukan satu, berpuluh-puluh, beratus-ratus kematian ‎tetapi hati masih belum takutkan-Mu Tuhan dengan sebenar-benar takut.
Fakhrur, doakan kami dari sana supaya dapat takutkan Allah dan rindukan Nabi. Moga Zul dan Salwani, Noriha dan semua ahli keluarga di beri kesabaran, ketabahan dan ganjaran pahala oleh Allah.
Al Fatihah untuk roh Mohd Fakhrur Islam Zulkefli.


Jenazah sedang dikeluarkan dari tempat kejadian

Wakaf Kabin, AB.
4.22pm, Feb 5, 2015
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Arwah adalah sahabat yang lahir sekali dengan ku di Jordan.

Hanya Salah Paham

Ketika manusia mula mencaci dan menghina Ustaz ini. Aku merasakan kurang selesa dengan cacian itu kerana yang mencaci juga berilmu mungkin, dan juga berlajar adab-adab. Lalu aku ukirkan sebuat status di Facebook berbunyi:
Ohh wahai hati-hati sekalian. Mungkin sememangnya kutukan dan cacian menjadi zikir di lisan-lisan setiap Hamba Allah beragama Islam agaknya? Di situ agaknya contoh akhlak Muslim.
Video Syeikh Zainul Asri yang kontrol versi yang jadi bahan hantam dari mulut masyarakat dan geng keyboard worrior ini membuatkan ana sedih. Bukan nak bela Syeikh ini, tidak (jika salah tetap salah).
Cuma ana tanya apa maksud ayat Syeikh ini?
Minit ke:
01.30 - Orang melayu ni, Contoh??
10.34 - Dengar la sehari dua ini orang kata nabi Allah Adam A.S turun di Malaysia, TAK PERCAYALAH.
10.50 - Yang Cerdik pandai ini BUATLAH KAJIAN
10.53 - Lepas itu KONGSI dengan SAYA, Saya pon nak TUMPANG sama.
Jika tak betul apa yang Syeikh ini cakap, hujah (fakta) mesti lawan dengan hujah.
Dan Ana ajak kalau betul salah, boleh jumpa Syeikh ini dan bagi tahu.Tak perlu terus menghukum dan menghina. Bukan cara kita tak setuju dengan seorang itu terus hina dia. Jangan terburu-buru.
Allah Mustaan. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita.

Aku cuba berhati-hati mengukir kata ini untuk menjaga semua hati InsyaAllah. Walaupun mungkin ada yang kurang selesa. Kita serahkan pada Allah.
 Dua hari kemudian, terjumpa anak murid kepada Ustaz itu berkongsi apa yang gurunya bercerita di majlis ilmu itu. Katanya: 
Salah faham ni..jwpn syeikh Syeikh Zainul Asri..
"La ni semua duk hentam saya isu saya habaq kononya Nabi Adam turun gunung jerai..
Allah.. Itu bukan kata2 saya.. Dalam ceramah saya tu, saya habaq ada orang @ arifbillah kata Nabi Adam turun gunung jerai. Saya habaq... Tak semestinya saya setuju.. Saya tidak ada mengatakan ini benar, sahih.. cuma saya habaq ada orang kata benda tu.. Tuan tuan boleh dengar rakaman ceramah saya tu. Ceramah berjam jam, perkataan 30 saat yg spontan tu dibesarkan. Saya LANGSUNG tak kata benda tu betul. Dalam rakaman ceramah tu saya suruh semua selidiki kenyataan kononnya nabi adam turun gunung jerai. Kenyataan saya dputar belit. La ni semua duk marah kt saya.
Syeikh Zainul Asri
Kota Kinabalu
19 februari
Sumber: https://www.facebook.com/syameil.kembalfc/posts/744616592320424
Jawapan sudah terjawab. Semoga kita diampunkan dosa-dosa. 

Saturday, 21 February 2015

Untuk Pertama Kalinya.

Bismillah.

Untuk pertama kalinya saya menulis dalam blog ini. Saya panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas limpah kurnianya kita dapat menghidu udara miliknya.

Kita juga dapat lagi menikmati nikmat Allah SWT yang sangat luas yang mana jika kita bilang atau kira mungkin tidak cukup dakwat walaupun dakwat itu seluas lautan.

Oleh itu mari kita berelawat keatas Baginda Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam. Al Alim Al Allamah Prof.Dr. Assyeikh Ali Jum'ah berkata: Berselawat keatas Baginda Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam ia merupakan gabungan antara berzikir kepada Allah subhanahu wata'ala dengan ungkapan rasa berterima kasih kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, oleh dengan demikian selawat menggabungkan makna atau hakikat dari kedua syahadah.