Sunday, 22 February 2015

Hanya Salah Paham

Ketika manusia mula mencaci dan menghina Ustaz ini. Aku merasakan kurang selesa dengan cacian itu kerana yang mencaci juga berilmu mungkin, dan juga berlajar adab-adab. Lalu aku ukirkan sebuat status di Facebook berbunyi:
Ohh wahai hati-hati sekalian. Mungkin sememangnya kutukan dan cacian menjadi zikir di lisan-lisan setiap Hamba Allah beragama Islam agaknya? Di situ agaknya contoh akhlak Muslim.
Video Syeikh Zainul Asri yang kontrol versi yang jadi bahan hantam dari mulut masyarakat dan geng keyboard worrior ini membuatkan ana sedih. Bukan nak bela Syeikh ini, tidak (jika salah tetap salah).
Cuma ana tanya apa maksud ayat Syeikh ini?
Minit ke:
01.30 - Orang melayu ni, Contoh??
10.34 - Dengar la sehari dua ini orang kata nabi Allah Adam A.S turun di Malaysia, TAK PERCAYALAH.
10.50 - Yang Cerdik pandai ini BUATLAH KAJIAN
10.53 - Lepas itu KONGSI dengan SAYA, Saya pon nak TUMPANG sama.
Jika tak betul apa yang Syeikh ini cakap, hujah (fakta) mesti lawan dengan hujah.
Dan Ana ajak kalau betul salah, boleh jumpa Syeikh ini dan bagi tahu.Tak perlu terus menghukum dan menghina. Bukan cara kita tak setuju dengan seorang itu terus hina dia. Jangan terburu-buru.
Allah Mustaan. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita.

Aku cuba berhati-hati mengukir kata ini untuk menjaga semua hati InsyaAllah. Walaupun mungkin ada yang kurang selesa. Kita serahkan pada Allah.
 Dua hari kemudian, terjumpa anak murid kepada Ustaz itu berkongsi apa yang gurunya bercerita di majlis ilmu itu. Katanya: 
Salah faham ni..jwpn syeikh Syeikh Zainul Asri..
"La ni semua duk hentam saya isu saya habaq kononya Nabi Adam turun gunung jerai..
Allah.. Itu bukan kata2 saya.. Dalam ceramah saya tu, saya habaq ada orang @ arifbillah kata Nabi Adam turun gunung jerai. Saya habaq... Tak semestinya saya setuju.. Saya tidak ada mengatakan ini benar, sahih.. cuma saya habaq ada orang kata benda tu.. Tuan tuan boleh dengar rakaman ceramah saya tu. Ceramah berjam jam, perkataan 30 saat yg spontan tu dibesarkan. Saya LANGSUNG tak kata benda tu betul. Dalam rakaman ceramah tu saya suruh semua selidiki kenyataan kononnya nabi adam turun gunung jerai. Kenyataan saya dputar belit. La ni semua duk marah kt saya.
Syeikh Zainul Asri
Kota Kinabalu
19 februari
Sumber: https://www.facebook.com/syameil.kembalfc/posts/744616592320424
Jawapan sudah terjawab. Semoga kita diampunkan dosa-dosa.