Thursday, 26 February 2015

Kisah Keluarga yang Menyayatkan Hati

Tin Biskut?

Abang ni pakai la elok-elok sikit, “kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.

“Cantik isteri abang hari ni,” Ahmad mencubit pipi Julia lembut.

“Ayah, Ayah, cepat la ayah,” Lin dan Liz meluru masuk ke dalam bilik kerana dah tak sabar-saber nak bertolak pulang ke kampung.

“Yalah, yalah, ayah dah siap ni.”

Julia tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak kembar mereka yang comel dan manja. “Abang dah lama kita tak balik kampung macam ni yer?

“Yelah, maklumlah Abang sibuk dengan urusan perniagaan. Baru ni Abang ada peluang untuk cuti panjang.” Ahmad berkata kepada isterinya tersayang.

Perjalanan drpd KL  ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang 4jam. Lin dan Liz dah terlelap dikurusi belakang. Begitu juga dgn isterinya, Julia. “Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung”, Ahmad berkata didalam hati.

Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Audi A4 mula memecut. Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Meternya mula mencecah 200 km/j. Ahmad tidak merasa takut kerana selalu memandu laju seorang diri. Kali ini Ahmad lupa membawa tiganya lain.

“Abangggg, pelahan sikit!. Kenpa lagu sangat ni?! Tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.

“Takda apalah sayang, rilek la. Speed track tak kawasan ni. Cepat sikit kita sampai kampung nanti.” ujar Ahmad

“Sabar abang, sabar..Biar lambat tak apa.. jangan laju. Julia takut,” Julia cuba memujuk Ahmad supaya 
memperlahankan kenderaannya.

“Rilek Julia, taka da apa-apa,” Ahmad terus memotong Bas Express yang tidak kurang lajunya 120km/j.

“Ha kan, tengok. Taka ada apa-apakan?” Ahmad telah Berjaya memotong Bas tadi.

“Sudah la tu Abang”. Julia merayu lagi.

“Ha ada lagi Bas Express, Julia tengok abang lintas dia erkk..” ..Ahmad menukar gear AutoManualnya kepada gear 3. Ahmad terus menekan padel minyaknya supaya memecut. Tersergam didepannya sebuah lori balak dari arah bertentangan ketika hendah melintas. Bangggg!!

“Julia… bangun  nak,” sayup-sayup terdengar suara emaknya.
Julia membuka matanya, Dia terlihat emaknya di situ. “Mana abang Ahmad mak? Macam mana dengan suami saya, MAK? Linda, Liza…mana anak-anak saya mak?” Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya, Julia tidak dapat menahan kesedihan lagi. Julia menangis semahu-mahunya didepan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat..

“Macam mana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?” Julia masih terus menangis.
PANGGG!!!, Kepala Julia ditampar 90 darjah oleh emaknya dgn tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tue? Don’t go breaking my Heart Mom!

“Banyak la engkau punya suami!! Muka dahla tak cun, Belajar pun malas. Kerja pun takde. Ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara kau ni. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni, dah pergi Sembahyang! Asarpun dah nak habis!!” Emaknya terus merungut sambil berlalu keluar. Dan Julia tersengeh keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut.